Saturday 17 May 2014

Adakah dia yang DIPILIH olehnya?

Adakah benar dia untukku? dan adakah dia lelaki yang dipilih olehnya untuk membimbingku ke jalan mu? dan adakah dia juga yang layak untukku? soalan ini sering bermain di benak mindaku. Setiap manusia mahukan seseorang yang boleh menjaganya, menghormatinya dan sewaktu dengannya. zaman seakarang susah nak cari yang benar - benar manusia yang bertanggungjawab, setia. tapi kalau nak kahwin nak cari bini yang solehah je, masa bercinta tak ingat dunia. kenapa? Itulah kaum adam , Mungkin.. Tetapi adakah itu yang mereka minta? mungkin jawapannya agak berbeza - beza. tetapi tulah realiti hidup sebenarnya. Allah jadikan umatnya untuk hidup berpasang - pasangan. Jangan risau andai jodoh mu belum sampai lagi, kerana janji Allah itu pasti, cepat, lambat, atau diakhirat kelak. Inshaallah. Bersabarlah duhai hati, usah kau menangis, memikirkan siapa dia, dimana dia.Kadang tu allah menguji kita, nak tengok sejauh mana kita bersabar, allah rindukan rintihan seseorang itu. Andai kita mahukan sesuatu rintihlah padanya.
4 perkara dalam jodoh (Harta,Keturunan,Kecantikan,Agama)
Antara Harta,Keturunan,Kecantikan dan Agama nak pilih mana?.Seperti yang kita sedia maklum pilihlah pasanganmu yang beragama dan ianya juga merupakan pesan Nabi Muhammad S.A.W. nak pilih yang berharta karang dah miskin nanti dah cinta pulak.Itulah yang orang namakan cinta harta.Cerita pasal keturunan pulak nih memang kompleks kadang-kadang contohnya ada kekangan dan pantang keturunan terutamanya keluarga yang menginginkan anaknya berkahwin dengan nama orang ada "wan ,megat ,puteri ,meor" dan lain gelaran.Ada juga yang pantang anaknya berkahwin dengan orang kampung,pemuzik,anak yatim,perantau,muallaf,bangsa asing (ini yang penulis lihat dalam kehidupan seharian dan ada juga yang dari drama).Nak cerita pasal keturunan nih kadang2 tidak semestinya bapanya Imam dan anaknya seorang Uztaz,Tidak semestinya bapanya pembunuh anaknya adalah penjahat. Kita tidak berhak untuk menilai seseorang hanya berdasarkan keturunannya sahaja tanpa mempertimbangkan keperibadinya.Setiap dari kita sendiri pun memang dah dalam kehendak takdir Allah S.w.t kita yang dilahirkan dalam keluarga tersebut,kita tidak memilih siapa ibu dan bapa kita sebelum kita lahir (betul x).Kalau tengok program anak angkat sendiri sekali pun ,penulis dapat lihat sesetengah orang nak keluarga angkat yang kaya,ada kereta dll,Ini menunjukkan semua orang menginginkan sesuatu yang baik2.So tentang keturunan yang kurang elok atau biasa itu adalah fitrah dan soal keturunan seharusnya tidak begitu menjadi penghalang dalam mendirikan masjid berbanding keperibadian .Melainkan ia melibatkan persoalan keturunan tentang Nasab (sama-ada anak luar nikah atau tidak) ia sangat penting terutamnya dalam pemilihan wali yang sah (untuk memastikan perkahwinan yang sahih) bagi perempuan dan untuk menjaga kebaikan keturunan kita.(tetapi bukanlah bermaksud anak tidak sah luar taraf dipinggirkan,mereka juga manusia seperti kita) semoga nasib mereka lebih terbela kerana mereka juga manusia bahkan seagama/saudara kita. Cerita pasal kecantikan pulak ,kecantikan tidak kekal lama penulis sendiri masih kecik2 tengok cerita "The cave of the golden rose" berkata cantik betul fantaghiro dalam cerita tu,tapi kecantikan itu tidak kekal sampai sekarang pun.Sekarang umur fantaghiro dah 50++ ,Kalau cinta kecantikan nanti kalau dah tak cantik maka dah tak cinta lah dan si pasangan dah mula pandang2 orang lain yang lebih cantik .Bagi penulis kecantikan wanita (terutamanya) ada dua jenis ,satu dah memang dia cantik (luaran) cnth lisa surihani ,Fasha sandha dlll tapi ia tidak menenangkan malah ia MENDEBARKAN.Kecantikan kedua adalah orang ni biasa jer cantik sikit,kiut dan baik serta berpesonaliti tinggi tetapi ia MENENANGKAN cariklah yang menenangkan.Sebab sebenarnya kita bukan jatuh hati atas kecantikan luarannya sahaja bahkan lebih terutamanya hati di dalamnya (ini barulah JATUH HATI namanya).Dan biasanya cinta inilah yang kekal keharumannya dan ia adalah kecantikan yang membawa kita bahagia di syurga dan di akhirat.insyaallah.So wanita harap faham lelaki sebenarnya mahukan wanita yang menenangkan daripada(bukannya) yang mendebarkan Yang keempat adalah yang beragama,Daripada ciri-ciri yang disebutkan tadi ciri ini adalah sebagai tiangnya dan ia adalah yang seharusnya dijadikan titik tolak penerimaan calon samaada diterima atau tidak.Nabi Muhammad S.A.W sendiri berpesan حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ ertinya: “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”(reference) Disini kita melihat bahawa soal agama adalah yang lebih diutamakan oleh junjungan kita Rasulullah S.A.W berbanding soal yang lain2,So sekiranya dia menepati intipati ini,maka pilihlah dia nescaya kamu akan berbahagia dan DAN DIA ADALAH UNTUKMU selamanya.Insyaallah. 2) Berdoa kepada Allah supaya berikan yang terbaik untuk kita. Kita manusia sememangnya insan yang lemah kita seharusnya tidak sesekali lupa akan pencipta kita Allah S.W.T yang tahu akan yang terbaik untuk kita.Antara yang kita boleh buat adalah solat hajat,solat istikharah dan berdoa supaya urusan jodoh kita dipermudahkan.Solat istikharah solat hajat nih bukan semestinya apabila kita dah ada calon dan ingin memilih yang mana satu terbaik untuk kita malah jikalau belum ada calon pun kita diminta berdoa kepada maha pencipta.Seperti yang kita sedia maklum umat islam yang sombong dan bongkak adalah dari kalangan mereka yang tidak berdoa kepada Allah S.W.T.Janganlah kita hanya sentiasa berharap jodoh akan datang bergolek2 kepada kita kalau macam itu nanti sampai ke bujang karat atau ke andartu lah kita masih belum berpunya.Walaupun kita sedia maklum Rezeki,Jodoh dan Ajal adalah ketentuan Ilahi,Namun kita hendaklah berusaha seperti yang telah dibincangkan sebelum ini penulis ada menceritakan tetang takdir dalam jodoh dalam perlu mencari atau berserah , “jodoh itu di tangan Allah dan manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya berlandaskan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah” Selain dari perkara diatas juga, untuk sesiapa yang berpacaran jangan tunggu lama-lama,Kalau dah mampu buat majlis kecil pun ok jer kot,ini mengikut kata uztaz2 yang menentukan kebahagiaan adalah sikap dan keperibadian bukanya majlis semasa berkahwin itu nanti.Dan ada satu kisah seorang pemanggil noni 28 tahun,mempunyai pakwe dan dia baru-baru ini telah dipinang oleh lelaki lain, dan dalam siri semanis kurma tersebut dia memberitahu yang dia ingin setia kepada teman lelakinya dan meminta pandangan uztazah norbaya dalam konteks permasaalahannya .Uztazah dengan spontan menjawab suruhlah teman lelaki yang masuk meminang dan berdoalah supaya teman lelaki lembut hatinya untuk masuk meminang janganlah ditempoh2 perkara yang baik.dan ada doa yang sempat penulis salin yang diberikan oleh uztazah yang akan dikongsikan di penghujung post ini.So kepada makwe pakwe jom sama-sama kita berdoa dan boleh juga suruh ibu bapa berdoa semoga urusan jodoh kita dipermudahkan . Insyaallah. Dan sekiranya semuanya berjalan lancar,dan itu adalah salah satu tanda2 jodoh kita akan tibe nescaya dia ADALAH UNTUKMU. 3)Yang ni lah kot! Daripada pengalaman ustaz Asyraf tetang cerita bagaimana dia bertemu jodohnya dengan Husna adalah dengan perkenalan dari rakannya yang memperkenalkan.Ceritanya nih secara simplennya Ustaz asyraf nih ada kawan (lelaki) dan kawannya ini mempunyai adik (perempuan) adiknya ini mempunyai kawan (Husna).So diorang adik beradik ini berpakat ingin mempertemukan jodoh mereka.Yang si kawan ustaz Asyraf ini memberitahu yang dia ini baik,sopan santun,dan pada suatu hari mereka dipertemukan oleh pasangan muhrim.Untuk pengetahuan Adab ingin bertemu orang yang bukan muhrim kita adalah dengan adanya pasangan muhrim kita contohnya ibu-bapa.Orang kata cara macam nih memang kampung atau kolot la kata sesetengah orang ,tapi bagi penulis cara macam nih lagi klasik dan seems cool selain daripada berladaskan syariat Islam cara macam nih lebih senang untuk mendapat restu ibu-bapa.Bak kate orang sebelum jatuh hati kepada seseorang jatuh hatilah kepada ibu wanita tersebut dahulu (tapi ni bukan macam kes iklan silky girl yerr).KALAU dah dapat restu ibu bapa dan calon tu pon ok dari dari semua segi yang utama,NESCAYA DIA ADALAH UNTUKMU/KU.Insyaallah 4) Cerita Tikus dan Kucing Ini adalah contoh dari Husna isteri ustaz Asyraf yang mengibaratkan lelaki adalah seekor kucing dan wanita adalah seekor tikus. Dalam sesuatu perhubungan Pn.Husna membeitahu yang wanita kena bijak dalam mencatur cinta dan wanita kena kuat berbanding lelaki jangan sampai dibaham oleh lelaki.Walaupun kita berkawan rapat kadangkala tidak semestinya kita tidak boleh mengungkapkan perkataan "tidak" kepada bakal pasangan kita atas sesuatu yang dirasakan kurang elok dan perempuan seharusnya lebih progresif dan efektif dalam menjaga batas2.Setelah berfikir kembali nasihat ini adalah untuk penulis dan orang lelaki juga.Kalau segalanya bejalan lancar dan segala ciri2 telah diperolehi insyaaallah dia adalah untukmu.Yang lelaki pula jangan sepanjang masa ingin memburu sahaja,dah dapat diburu lepastu tingalkan bangkai buruan.Jadilah pemburu cinta ilahi dan bukanya pemburu manusia. Ustazah juga ada berkongsi kisah cinta beliau dengan Ustaz aqashah yang hanya bertemu semasa meeting suatu keitka dahulu.Dan akhirnya diijabkabulkan pada usia muda dan mendapat restu keluarga pada usia ustazah seawal 20 tahun dan ustaz Aqashah 22 tahun.Kisah cinta ustazah ini seharunya dijadikan contoh untuk kita dalam tatacara bercinta.Tidak perlu lama, dan tidak perlu memburu sehingga buruan kita mati menjadi bangkai yang busuk,dah green light go jer dan dia MENJADI UNTUKMU SELAMANYA.Insyaallah.