Saturday 17 May 2014

Adakah dia yang DIPILIH olehnya?

Adakah benar dia untukku? dan adakah dia lelaki yang dipilih olehnya untuk membimbingku ke jalan mu? dan adakah dia juga yang layak untukku? soalan ini sering bermain di benak mindaku. Setiap manusia mahukan seseorang yang boleh menjaganya, menghormatinya dan sewaktu dengannya. zaman seakarang susah nak cari yang benar - benar manusia yang bertanggungjawab, setia. tapi kalau nak kahwin nak cari bini yang solehah je, masa bercinta tak ingat dunia. kenapa? Itulah kaum adam , Mungkin.. Tetapi adakah itu yang mereka minta? mungkin jawapannya agak berbeza - beza. tetapi tulah realiti hidup sebenarnya. Allah jadikan umatnya untuk hidup berpasang - pasangan. Jangan risau andai jodoh mu belum sampai lagi, kerana janji Allah itu pasti, cepat, lambat, atau diakhirat kelak. Inshaallah. Bersabarlah duhai hati, usah kau menangis, memikirkan siapa dia, dimana dia.Kadang tu allah menguji kita, nak tengok sejauh mana kita bersabar, allah rindukan rintihan seseorang itu. Andai kita mahukan sesuatu rintihlah padanya.
4 perkara dalam jodoh (Harta,Keturunan,Kecantikan,Agama)
Antara Harta,Keturunan,Kecantikan dan Agama nak pilih mana?.Seperti yang kita sedia maklum pilihlah pasanganmu yang beragama dan ianya juga merupakan pesan Nabi Muhammad S.A.W. nak pilih yang berharta karang dah miskin nanti dah cinta pulak.Itulah yang orang namakan cinta harta.Cerita pasal keturunan pulak nih memang kompleks kadang-kadang contohnya ada kekangan dan pantang keturunan terutamanya keluarga yang menginginkan anaknya berkahwin dengan nama orang ada "wan ,megat ,puteri ,meor" dan lain gelaran.Ada juga yang pantang anaknya berkahwin dengan orang kampung,pemuzik,anak yatim,perantau,muallaf,bangsa asing (ini yang penulis lihat dalam kehidupan seharian dan ada juga yang dari drama).Nak cerita pasal keturunan nih kadang2 tidak semestinya bapanya Imam dan anaknya seorang Uztaz,Tidak semestinya bapanya pembunuh anaknya adalah penjahat. Kita tidak berhak untuk menilai seseorang hanya berdasarkan keturunannya sahaja tanpa mempertimbangkan keperibadinya.Setiap dari kita sendiri pun memang dah dalam kehendak takdir Allah S.w.t kita yang dilahirkan dalam keluarga tersebut,kita tidak memilih siapa ibu dan bapa kita sebelum kita lahir (betul x).Kalau tengok program anak angkat sendiri sekali pun ,penulis dapat lihat sesetengah orang nak keluarga angkat yang kaya,ada kereta dll,Ini menunjukkan semua orang menginginkan sesuatu yang baik2.So tentang keturunan yang kurang elok atau biasa itu adalah fitrah dan soal keturunan seharusnya tidak begitu menjadi penghalang dalam mendirikan masjid berbanding keperibadian .Melainkan ia melibatkan persoalan keturunan tentang Nasab (sama-ada anak luar nikah atau tidak) ia sangat penting terutamnya dalam pemilihan wali yang sah (untuk memastikan perkahwinan yang sahih) bagi perempuan dan untuk menjaga kebaikan keturunan kita.(tetapi bukanlah bermaksud anak tidak sah luar taraf dipinggirkan,mereka juga manusia seperti kita) semoga nasib mereka lebih terbela kerana mereka juga manusia bahkan seagama/saudara kita. Cerita pasal kecantikan pulak ,kecantikan tidak kekal lama penulis sendiri masih kecik2 tengok cerita "The cave of the golden rose" berkata cantik betul fantaghiro dalam cerita tu,tapi kecantikan itu tidak kekal sampai sekarang pun.Sekarang umur fantaghiro dah 50++ ,Kalau cinta kecantikan nanti kalau dah tak cantik maka dah tak cinta lah dan si pasangan dah mula pandang2 orang lain yang lebih cantik .Bagi penulis kecantikan wanita (terutamanya) ada dua jenis ,satu dah memang dia cantik (luaran) cnth lisa surihani ,Fasha sandha dlll tapi ia tidak menenangkan malah ia MENDEBARKAN.Kecantikan kedua adalah orang ni biasa jer cantik sikit,kiut dan baik serta berpesonaliti tinggi tetapi ia MENENANGKAN cariklah yang menenangkan.Sebab sebenarnya kita bukan jatuh hati atas kecantikan luarannya sahaja bahkan lebih terutamanya hati di dalamnya (ini barulah JATUH HATI namanya).Dan biasanya cinta inilah yang kekal keharumannya dan ia adalah kecantikan yang membawa kita bahagia di syurga dan di akhirat.insyaallah.So wanita harap faham lelaki sebenarnya mahukan wanita yang menenangkan daripada(bukannya) yang mendebarkan Yang keempat adalah yang beragama,Daripada ciri-ciri yang disebutkan tadi ciri ini adalah sebagai tiangnya dan ia adalah yang seharusnya dijadikan titik tolak penerimaan calon samaada diterima atau tidak.Nabi Muhammad S.A.W sendiri berpesan حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ ertinya: “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”(reference) Disini kita melihat bahawa soal agama adalah yang lebih diutamakan oleh junjungan kita Rasulullah S.A.W berbanding soal yang lain2,So sekiranya dia menepati intipati ini,maka pilihlah dia nescaya kamu akan berbahagia dan DAN DIA ADALAH UNTUKMU selamanya.Insyaallah. 2) Berdoa kepada Allah supaya berikan yang terbaik untuk kita. Kita manusia sememangnya insan yang lemah kita seharusnya tidak sesekali lupa akan pencipta kita Allah S.W.T yang tahu akan yang terbaik untuk kita.Antara yang kita boleh buat adalah solat hajat,solat istikharah dan berdoa supaya urusan jodoh kita dipermudahkan.Solat istikharah solat hajat nih bukan semestinya apabila kita dah ada calon dan ingin memilih yang mana satu terbaik untuk kita malah jikalau belum ada calon pun kita diminta berdoa kepada maha pencipta.Seperti yang kita sedia maklum umat islam yang sombong dan bongkak adalah dari kalangan mereka yang tidak berdoa kepada Allah S.W.T.Janganlah kita hanya sentiasa berharap jodoh akan datang bergolek2 kepada kita kalau macam itu nanti sampai ke bujang karat atau ke andartu lah kita masih belum berpunya.Walaupun kita sedia maklum Rezeki,Jodoh dan Ajal adalah ketentuan Ilahi,Namun kita hendaklah berusaha seperti yang telah dibincangkan sebelum ini penulis ada menceritakan tetang takdir dalam jodoh dalam perlu mencari atau berserah , “jodoh itu di tangan Allah dan manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya berlandaskan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah” Selain dari perkara diatas juga, untuk sesiapa yang berpacaran jangan tunggu lama-lama,Kalau dah mampu buat majlis kecil pun ok jer kot,ini mengikut kata uztaz2 yang menentukan kebahagiaan adalah sikap dan keperibadian bukanya majlis semasa berkahwin itu nanti.Dan ada satu kisah seorang pemanggil noni 28 tahun,mempunyai pakwe dan dia baru-baru ini telah dipinang oleh lelaki lain, dan dalam siri semanis kurma tersebut dia memberitahu yang dia ingin setia kepada teman lelakinya dan meminta pandangan uztazah norbaya dalam konteks permasaalahannya .Uztazah dengan spontan menjawab suruhlah teman lelaki yang masuk meminang dan berdoalah supaya teman lelaki lembut hatinya untuk masuk meminang janganlah ditempoh2 perkara yang baik.dan ada doa yang sempat penulis salin yang diberikan oleh uztazah yang akan dikongsikan di penghujung post ini.So kepada makwe pakwe jom sama-sama kita berdoa dan boleh juga suruh ibu bapa berdoa semoga urusan jodoh kita dipermudahkan . Insyaallah. Dan sekiranya semuanya berjalan lancar,dan itu adalah salah satu tanda2 jodoh kita akan tibe nescaya dia ADALAH UNTUKMU. 3)Yang ni lah kot! Daripada pengalaman ustaz Asyraf tetang cerita bagaimana dia bertemu jodohnya dengan Husna adalah dengan perkenalan dari rakannya yang memperkenalkan.Ceritanya nih secara simplennya Ustaz asyraf nih ada kawan (lelaki) dan kawannya ini mempunyai adik (perempuan) adiknya ini mempunyai kawan (Husna).So diorang adik beradik ini berpakat ingin mempertemukan jodoh mereka.Yang si kawan ustaz Asyraf ini memberitahu yang dia ini baik,sopan santun,dan pada suatu hari mereka dipertemukan oleh pasangan muhrim.Untuk pengetahuan Adab ingin bertemu orang yang bukan muhrim kita adalah dengan adanya pasangan muhrim kita contohnya ibu-bapa.Orang kata cara macam nih memang kampung atau kolot la kata sesetengah orang ,tapi bagi penulis cara macam nih lagi klasik dan seems cool selain daripada berladaskan syariat Islam cara macam nih lebih senang untuk mendapat restu ibu-bapa.Bak kate orang sebelum jatuh hati kepada seseorang jatuh hatilah kepada ibu wanita tersebut dahulu (tapi ni bukan macam kes iklan silky girl yerr).KALAU dah dapat restu ibu bapa dan calon tu pon ok dari dari semua segi yang utama,NESCAYA DIA ADALAH UNTUKMU/KU.Insyaallah 4) Cerita Tikus dan Kucing Ini adalah contoh dari Husna isteri ustaz Asyraf yang mengibaratkan lelaki adalah seekor kucing dan wanita adalah seekor tikus. Dalam sesuatu perhubungan Pn.Husna membeitahu yang wanita kena bijak dalam mencatur cinta dan wanita kena kuat berbanding lelaki jangan sampai dibaham oleh lelaki.Walaupun kita berkawan rapat kadangkala tidak semestinya kita tidak boleh mengungkapkan perkataan "tidak" kepada bakal pasangan kita atas sesuatu yang dirasakan kurang elok dan perempuan seharusnya lebih progresif dan efektif dalam menjaga batas2.Setelah berfikir kembali nasihat ini adalah untuk penulis dan orang lelaki juga.Kalau segalanya bejalan lancar dan segala ciri2 telah diperolehi insyaaallah dia adalah untukmu.Yang lelaki pula jangan sepanjang masa ingin memburu sahaja,dah dapat diburu lepastu tingalkan bangkai buruan.Jadilah pemburu cinta ilahi dan bukanya pemburu manusia. Ustazah juga ada berkongsi kisah cinta beliau dengan Ustaz aqashah yang hanya bertemu semasa meeting suatu keitka dahulu.Dan akhirnya diijabkabulkan pada usia muda dan mendapat restu keluarga pada usia ustazah seawal 20 tahun dan ustaz Aqashah 22 tahun.Kisah cinta ustazah ini seharunya dijadikan contoh untuk kita dalam tatacara bercinta.Tidak perlu lama, dan tidak perlu memburu sehingga buruan kita mati menjadi bangkai yang busuk,dah green light go jer dan dia MENJADI UNTUKMU SELAMANYA.Insyaallah.

Wednesday 7 November 2012

jika dia adalah jodohku

SIAPA? DIMANA? dan BAGAIMANA? masih difikiranku , memikirkan siapakah dia ? tetapi dia lebih mengetahui segalanya ..perlukah mencari? jika ya, bagaimana sy perlu mencari sdgkn sy hanya wanita biasa. atau hanya perlu menanti?jika menanti, sampai bila? atau juga perlu buka jalan utk ia dtg tp bagaimana? Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang Halal, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.. Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
DIMANAkah engkau sekarang ? Dimanaaaa ? kenapa masih tidak muncul ? Ya Allah..jika aku cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu..agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.. Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati..izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dlm jurang cinta nafsu.. Ya Rabbana,jika aku jatuh hati..jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid d jalanMu.. Ya Allah..jika aku menikmati cinta kekasihMu..janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
ya ALLAH seandainya telah engkau catatkan dia milikku tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku YA allah :'( titpkanlah kebahagian antara kami dihati kami agar kemesraan itu abadi.. meskipun jika jodohku orang pantai timur , selatan , utara itu adalah dariMU ya ALLAH :)
cepat , lambat itu bukanlah masalahnya . tetapi persediaan ke lembah itu . yang cepat itu mungkin dia sudah bersedia , terlalu berat ujian yang perlu aku tempuhi ini ya ALLAH :( aku redha dengan ketetntuanmU ...setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya ..ALLAH mahu umatnya mencintai dirinya dahulu , barulah mencintai seseorang yang berhak memiliki hati itu ,
Adam, Perempuan ini insan yang lemah. Jgn kau cemar imannya. Jgn kau rosakkan mujahadahnya. Jgn kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi. Kearna perempuan itu sedang beperang melawan nafsunya. Kearna perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya. Adam, Andai kau kasih dan syg pd perempuan. Andai kau mahu mbela nasib perempuan - perempuan diluar saan. Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati. Ibu kpd bakal pejuang agama. Doa buat mereka. Doa buat dirimu.. duhai kaum adam .. inilah wanita ,, wanita digelar sebagai penyeri dunia Hadirnya melengkap hubungan manusia Bukan sahaja dirindui yang biasa Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa Akalmu senipis bilahan rambut Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu Jua hatimu bak kaca yang rapuh Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh Tercipta engkau dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat di bahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasihi Engkaulah wanita hiasan duniawi Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok Jika datangnya dari kayu yang bengkok Begitulah peribadi yang dibentuk Engkaulah wanita istimewa Didiklah wanita dengan keimanan Bukannya harta ataupun pujian Kelak tidak derita berharap pada yang binasa Engkaulah wanita istimewa Sedarilah insan istimewa Bahawa kelembutan bukan kelemahan Bukan jua penghinaan dari Tuhan Bahkan sebagai hiasan kecantikan...
aku sentiasa berdoa kepadaNYa ..ya ALLAH kau satukan lah hati kami , sudah tidak mampu untu berzina hati , berzina mata ,dan sebagainya .. kau percepatkanLAH ya ALLAH .... Agar terbina suatu hubungan yang sah iaitu dengan akad-mu ...
Imam Nawawi pernah berkata "Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu." aku harus mencintai insan yg mencintai agamanya, di dalam hatinya telah terisi dengan iman dan dia mampu membimbingku ke jalan Ilahi.
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik." [Surah al-Nur, ayat 26] " Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkanmu." (Riwayat Muslim). usah engkau menangis wahai hati , bersabarlah wahai hati , agar hati ini benar ikhlas untukMU .. hanya untukMU .. untuk lelaki,,tingkatkan iman dan sentiasa perbaiki diri untuk jadi yg terbaik pada diri sendiri..insyaAllah Allah simpan yang terbaik untuk kalian,,isteri kalian adalah penyeri dunia anda dan juga penghulu bidadari di syurga nanti:)wanita solehah idaman setiap lelaki..
duhai bakal suamiku , saya tdak mahukan awak jadikan saya sebagai seorang kekasih , tetapi yang halal UntukMU ..
Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua
Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya, Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya, Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa, Tolong nasihatkan jodohku, jangan merinduiku lebih dari Maha Pencipta Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya. Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga, Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya Tolong katakan pada jodohku, dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga Tolong ingatkan pada jodohku, aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahasanya Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula mengagungkan cinta manusia Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya Tolong tegurkan jodohku, andai nafsu mula mengawal fikirannya Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga Tolong sedarkan jodohku, tanggungjawabnya besar pada keluarga Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai.. Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai.. Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita.. Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku. Tolong sampaikan pada jodohku, aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi hubungan dengan yang Maha Kuasa Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.
AKU menilai bukan dari paras rupa.. tetapi dari ketulusan hati ... aku jatuh cinta bukan dari kemanisan kata - kata . tetapi dengan kejujuranMU itu . aku tertarik dengan sikapMU .. ya ALLAH dekatkanLAH hati kami ..
Jarak paling JAUH antara diriku & dirinya adalah saat dia diHADAPANKU tapi dia BUKAN MILIKKU.. Jarak yg PALING DEKAT antara diriku & dirinya adalah saat dia menjadi yang HALAL untukku.. Dan HAL yang dapat MENYATUKANNYA adalah CINTA kerana Allah dalam IKATAN PERNIKAHAN yang INDAH & DIREDHAI olehNYA..Tunggu Sampai HALAL dulu lah ya?? IsyaAllah. ya ALLAH ! JIKA AKU jatuh cinta pada kekasihmu.. janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang.. ya ALLAH , jika kau halalkan aku merindui kekasihmu itu.. jangan biarkan aku melampaui batas sehingga aku lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi sebenarnya hanyalah kepadamu .. aku berubah bukan kerana manusia .. tetapi keranaMU ya ALLAH , aku berjihad kerana mu ...
bercinta hanya setahun , tetapi berkahwin hanya sehari .. lelaki merupakn khalifah yg d tugaskn d ats muka bumi bagi mmbntuk dan meluruskn tulang rusuk yg bengkok tnpa melukakn atau mematahkn nya... wanita adalah istimewa kerana mreka d cipta dari rusuk lelaki.. jga lah mreka sbaik mngkin.. :)
siapapun diri ini diusia lampau , masih punya ruang untuk bertaubat , pintu taubat masih terbuka untuk diri ini , ya ALLAH kuatkan hati ini ,
Berdoalah kepada-KU nescaya AKU perkenankan permintaanMU.. SESUNGGUHNYA ORANG YANG MENYOMBONGKAN dirinya daripada MENYEMBAHku ..mereka akan masuk neraka jahannm dengan HINA .. surah al - mukmin :60
JAM SUDAH pun menunjukkan pukul 2.10am , TAMAT sudahlah cerita hatiku pada kali ini . jika malam ini aku pergi buat selamanya , maaf kan diri ini . aku hanyalah wanita biasa yang banyak melakukan khilaf , maaf !

SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN KEMBALI KEPADA-nya

Setiap yg HIDUP pasti akan kembali kpd-Nya.
.
Al-Fatihah Nafas demi nafas tak terasa telah mnghntarkan dekat.. Dekat ke pintu yg akn dilalui.. Walaupun hati enggan..tp pasti tetap akan dilalui.. Tiada yg sanggup untk mnghindari.. Suatu kematian yang akn pasti terjadi..
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)
Yang hidup pasti akan kembali kepada Allah Yang Maha Pencipta. Kita yang hidup jangan kita lupa bahawa kita juga akan pergi kembali berjumpe Allah Yang Maha Esa. Semakin bertambah hari semakin bertambah juga umur yang Allah beri ini. Tanpa kita sedari semakin hari kita dekat dengan tarik kematian yang kita tidak tahu bila. Sesungguhnya sabda Nabi Muhammad SAW:" Orang yang paing bijak adalah orang selalu memikirkan mati" Bila sesorang insan memikirkan kematiannya dia akan selalu akan terpikir doasa-dosa yang pernah dilakukan sentiasa rasa dirinya belum cukup lagi amalan-amalannya pada Allah... Dia akan sentiasa menjaga tingkahlakunya, kata-katanya, banyak berdiam daripada berkata-kata, banyak memikirkan usahanya untuk menuju syurga Allah. Tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah dan menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan sesama manusia. Ramai orang kata hendak berubah tunggu datang seru ataupun belum dapat hidayah. Hidayah Allah perlu dicari. Perubahan juga boleh berlaku sekiranya kita berfikir untuk masa hadapan kita bermula daripada sekarang. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka merubahnya sendiri. Pelbagai cara yang boleh kita ikhtiarkan untuk membantu diri sendiri pada hari akhirat kelak. 'Iqra' bacalah, adalah surah yang pertama turun kepada baginda Rasulullah SAW. Menunjukkan perlunya kita membaca mengetahui rahsia sebalik ilmu yang kita baca dan ilmu yang kita cari. Semakin bertambah ilmu semakin tunduhlah kita seharusnya. Agar ilmu yang kita pelajari dapat kita amalkan dan memandu kita untuk mendapat redho Allah, InsyaAllah.... Semakin kita belajar semakin banyak yang kita hendak tahu dan hendak kita terokai. Kerana ilmu Allah ini terlalu luas dan sungguh indah subahaAllh. Jadi sebelum roh kembali lakukan lah sesuatu untuk diri kita pada masa hadapan ketika kita menghadap Allah SWT. Agar segala amalan kita dapat dijawab dengan mudah dan hidup bahagia dunia dan akhirat insyaAllah... Perbanyakan fikirkan mati....Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala. Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“. Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. Rakan-rakan semua & diri saya sendiri , Ingatlah setiap yang bernyawa pasti akan mati – Kullu nafsin za iqatul maut INGAT !! Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.

Sunday 29 July 2012

cinta tu pasti ada .

Cinta yang dicari pasti akan pergi, Cinta yang datang pastikan akan kekal ABADI !

tolonglah jangan curi hati ini lagi , aku tidak mampu untuk mengubatinya lagi .




sungguh , aku merinduimuu , segalaaanya , hanya kenangan yang tinggal .
aku menangis bukan kerana kepergianmu , tetapi aku menangis kerana luhur hati mu yang baik dan membuat aku melupakan seseorang itu terus dalam hidup aku , engkau membuat aku tersenyum , dan engkau juga membangkitkan semangat aku , tetapi engkau pergi ..


tidak aku nafikan , aku bukan membencikan engkau , aku hargai kedatangan engkau , kerana engkau telah bejaya membuat aku tersenyum..



Andai kata dunia hendak meraih cinta, ia tidak mampu , dan andai kata ia akan menolaknya ,ia juga tidak akan kuasa kerana cinta itu adalah satu anugerah. dan bukan dengan hasil usaha.



jika seseorang itu hadir didalam hidup dan menjadi sebahagian daripadaNYA ,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih .terimalah kenyataan itu , sekurang - kuranya dia telah membahagiakan hari - hariMU , dan membuat diriMU tersenyum walaupun dalam jangkaan masa yang pendek.



cinta itu seperti sinar matahari memberi tanpa mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, tidak memilih siapa yang akan ia akan hadiri. cinta itu seperti sinar matahari yang meberi kehangatan di hati.





cinta juga adalah sebuah janji , cinta juga adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan dilupakan , jangan biarkan ia hilang...


Jika ia sebuah cinta ia tidak akan hadir dengan permintaan.Namun ia hadir kerana ketentuanNya, Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan , namun ia hadir dengan kesetian ..


Cinta juga tidak pernah menjanjikan apa - apa . Ia berlaku dengan sekelip mata dan terlalu indah sekali . dan mungkin akan berakhir dengan air mata .





Jangan pernah membicarakan perasaan yang indah pernah ada, jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itua kan menghancurkan hatinya,
jangan pernah menatap matanyaaa , kalau engkau lakukan itu dengan hanya untuk menjaga perasaan nya , dan dalam masa yang sama engkau mencintai orang lain dalam hidupMU ..

cinta juga tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan , perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal. yakin , jujur dan redha dengan allah.




Friday 27 July 2012

hati yang remuk

♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

Sungguh. Aku mahu kita bersama-sama harungi jalan yang diredhai ini tapi sayangnya langkah kita sudah tidak lagi seiringan. Kita makin lama makin renggang.



Dulu kau kata pada diriku
Kau hanya cintaku seorang
Tapi mengapakah kau menduakan cintaku

Dimanakah janji manismu
Yang dulu pernah kau ungkap
Kau ingin bina mahligai indah bersama

Pergilah sayang
Jangan kau berpaling
Pergilah kepada si dia yang kau cintai

Lupakanlah segala kenangan kita bersama
Jangan kau tipu hati ku lagi oh kasih

Kini ku temui cinta sejati
Cinta yang kekal abadi
Tiada lagi dusta bicara dunia



Itulah dia cinta yang esa
Kan ku jadikan yang pertama
Kerana cintaNya ku berdiri di sini

Pabila Ku sepi baru ku mencari
Cinta yang hakiki cinta dari ilahi

Ku takkan tertipu dengan cinta sementara
Yang kekal hanya cinta pada pencipta

Tak salah kita cari cinta didunia
Jika sandarkan cinta itu pada Nya

Pergilah sayang
Jangan kau berpaling
Pergilah kepada si dia yang kau cintai

Pergilah sayang
Jangan kau berpaling
Kini ku temui cinta kasih ilahi
Kalaulah... kalaulah kau boleh rasa apa yang aku rasakan sejak aku berhijrah, tentu kau tidak lagi merasakan 'kehilangan'. Kau tidak akan rasa 'keseorangan'. Pandangan kau akan menjadi lebih terang, hati kau semakin girang, bebanan kau makin kurang dan perasaan kau... Oh. Perasaan yang amat tenang sekali biarpun apa rintangan yang datang, kau yakin bahawa kau tetap akan bersemangat menempuhinya. Kerana apa?
.



Manusia akan MENGHARGAI sesuatu apabila dia telah KEHILANGAN sesuatu.. Ya Allah kuserahkan segalanya kepada diriMu, hanya diriMu menegetahui segalanya.. REDHAkan hati ini menerima segala ketentuan dariMu yang telah diaturkan terbaik buatku..
Dulu kau kata pada diriku
Kau hanya cintaku seorang
Tapi mengapakah kau menduakan cintaku

Dimanakah janji manismu
Yang dulu pernah kau ungkap
Kau ingin bina mahligai indah bersama

Pergilah sayang
Jangan kau berpaling
Pergilah kepada si dia yang kau cintai

Lupakanlah segala kenangan kita bersama
Jangan kau tipu hati ku lagi oh kasih

Kini ku temui cinta sejati
Cinta yang kekal abadi
Tiada lagi dusta bicara dunia

Itulah dia cinta yang esa
Kan ku jadikan yang pertama
Kerana cintaNya ku berdiri di sini

Pabila Ku sepi baru ku mencari
Cinta yang hakiki cinta dari ilahi

Ku takkan tertipu dengan cinta sementara
Yang kekal hanya cinta pada pencipta

Tak salah kita cari cinta didunia
Jika sandarkan cinta itu pada Nya

Pergilah sayang
Jangan kau berpaling
Pergilah kepada si dia yang kau cintai

Pergilah sayang
Jangan kau berpaling
Kini ku temui cinta kasih ilahi



tetapi dengan sebuah ikatan yang aku mahukan , hati aku bukanlah untuk dipermainkan tetapi untuk dijaga , memang perit untuk aku lalui semua ini seorang , tetapi apakan daya , semuanya takdir allah , aku lepaskan semua itu demi kebahagian kau , bahagialah selagi kau masih boleh bahagia . tersenyumlah selagi kau boleh tersenyum , mungkin kau tak dapat rasa apa yang aku rasa , tapi dengan coretan ini sahajalah yang ada untuk kau.
SUNGGUH AKU RINDUKAN SEGALANYA . TAPI SEMUA NYA HANYALAH TINGGAL KENANGAN ..

bila tiba masanya nanti semuanya sudah berakhir . maaf aku tidak sempurna untuk mu , mungkin dia adalah yang terbaik untuk mu...


Biarkan aku KHABARKAN padamu bahawa aku cuma GADIS BIASA, aku bukan bidadari kayangan yang sempurna.. aku bukan rupawan dari hikayat dongeng, yang sangat jelita.. aku cuma gadis biasa, hidupku pun bukan hanya indah dan bahagia..

Biar aku ingatkan kamu, bahawa aku bukan bidadari yang turun ke bumi.. dengan kejelitaan dan kesempurnaan yang kamu impikan..
hati aku sudah pun remuk diatas perbuatan kau ..


Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

untuk menyakiti hati seorang hawa ...

Sunday 5 February 2012

BAB 13



disinilahh bermulanyaa aku menjejakkan KAKI :) 
dan melanjutkan pelajaraan disini .



masjid AL - AZHAR , selangor international islamic university college (KUIS) 

DIPLOMA IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT in english . dan dalam bahasaaaa melayu nyaaaaa pulaaa , DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA , haha . tetibaa aku rase macam nak tules pasai  angpaa la pulakk , maaf ya . oh yaa , berbalek kepada DHRM tu . itu laah course yang aku amik tok smbung belajar :)








 hehe .  okayokay jom kita start satu persatu . aku kenalkan . yang pertamaaa nya , MESTILAAAH hero malayaaa kita kan . eh tak laaaa .
 dia niee KETUAAA yang baik . dan PALENG pentengg BERTANGGUNGJAWAAAB TAU ! hehe.nama dia khairul syafiq 



dan ini pulaaaa budak HR :)


 hot girlss :)
dua2 VOGUEE :)



inilaaa AKRAM HAFEEZ . yang seakan - akan dengan HERO ombak rindu eh ? taktau laa cte apa . sapa nama dia tu AARON AZIZ Eh ? aaah laa baru perasan . adaa laa jugak . hehe , tapi aaron masa mudaa laa akram :)
  


dan ini PULAAAA budak gigi BESI :) hehe . maaf aniss :)

  shimaaaaaa . gades yang suka diam . TAPI petah . macam mana tu ye ? hehe
 wiwit, kak rubyy , ziera, wanie 
 admin's :) boyfiee kepada SHIMA AZREEN :p

MUZAMMIL a.k.a MUZ :)
  haaaa . ini dia budak SAKA apa tahh . hehe . ore panggil MAT . haha . dia nie suka buat LAWAKK :p

 budak skate :) wowww , heheh . niee AZRUL dan bersama gajetnya BLACKBERRY dan N900 eh ? 
maaf jika SALAH !

  ohh abg basyirrr. hehe . ini dia abg basyir ! 
 hidayah basir 
 tasya & kak siti
 amirul BF kepada azyy .
dan ini pula gf kepada nubhann  hehe . peminat setia NUBHAN . hidayahh hamid



nisaaa :) 


ini sulaiha :)
manis orang dia nie kan . HEHE
#akutakMENGEdogkauu . 
ikhlas dari hati . whoahhhh .
dinner :)


 mira nan wawa :)
  da mcam model daaa kan :)
 nie DATIN azuwaah :)



liza & farah 
taukeyy one derop perpume :)

 aliyaaaa nie pantun punya orang laaaa , TAPI kalau dia dapat gelak mcam nak start MOTO . heHE

 

nie laa aku tuan punya BELOG :)
zeha :)



kak rubyy . takada apa yang aku nak cakap :)


 dan semua yang terlibat
maaf sekiranya gambar korang takada ..
ada yang peribet sangat gambar koranggg :)
maaf yee awak sekalian . hee
sekian sahaja NURKILAN sayaa . thanksss <3 maaf terabur sket jam sudaa mnunjukan pkul 3 am :)