Wednesday 7 November 2012

jika dia adalah jodohku

SIAPA? DIMANA? dan BAGAIMANA? masih difikiranku , memikirkan siapakah dia ? tetapi dia lebih mengetahui segalanya ..perlukah mencari? jika ya, bagaimana sy perlu mencari sdgkn sy hanya wanita biasa. atau hanya perlu menanti?jika menanti, sampai bila? atau juga perlu buka jalan utk ia dtg tp bagaimana? Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang Halal, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.. Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
DIMANAkah engkau sekarang ? Dimanaaaa ? kenapa masih tidak muncul ? Ya Allah..jika aku cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu..agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.. Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati..izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dlm jurang cinta nafsu.. Ya Rabbana,jika aku jatuh hati..jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid d jalanMu.. Ya Allah..jika aku menikmati cinta kekasihMu..janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
ya ALLAH seandainya telah engkau catatkan dia milikku tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku YA allah :'( titpkanlah kebahagian antara kami dihati kami agar kemesraan itu abadi.. meskipun jika jodohku orang pantai timur , selatan , utara itu adalah dariMU ya ALLAH :)
cepat , lambat itu bukanlah masalahnya . tetapi persediaan ke lembah itu . yang cepat itu mungkin dia sudah bersedia , terlalu berat ujian yang perlu aku tempuhi ini ya ALLAH :( aku redha dengan ketetntuanmU ...setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya ..ALLAH mahu umatnya mencintai dirinya dahulu , barulah mencintai seseorang yang berhak memiliki hati itu ,
Adam, Perempuan ini insan yang lemah. Jgn kau cemar imannya. Jgn kau rosakkan mujahadahnya. Jgn kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi. Kearna perempuan itu sedang beperang melawan nafsunya. Kearna perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya. Adam, Andai kau kasih dan syg pd perempuan. Andai kau mahu mbela nasib perempuan - perempuan diluar saan. Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati. Ibu kpd bakal pejuang agama. Doa buat mereka. Doa buat dirimu.. duhai kaum adam .. inilah wanita ,, wanita digelar sebagai penyeri dunia Hadirnya melengkap hubungan manusia Bukan sahaja dirindui yang biasa Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa Akalmu senipis bilahan rambut Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu Jua hatimu bak kaca yang rapuh Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh Tercipta engkau dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat di bahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasihi Engkaulah wanita hiasan duniawi Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok Jika datangnya dari kayu yang bengkok Begitulah peribadi yang dibentuk Engkaulah wanita istimewa Didiklah wanita dengan keimanan Bukannya harta ataupun pujian Kelak tidak derita berharap pada yang binasa Engkaulah wanita istimewa Sedarilah insan istimewa Bahawa kelembutan bukan kelemahan Bukan jua penghinaan dari Tuhan Bahkan sebagai hiasan kecantikan...
aku sentiasa berdoa kepadaNYa ..ya ALLAH kau satukan lah hati kami , sudah tidak mampu untu berzina hati , berzina mata ,dan sebagainya .. kau percepatkanLAH ya ALLAH .... Agar terbina suatu hubungan yang sah iaitu dengan akad-mu ...
Imam Nawawi pernah berkata "Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu." aku harus mencintai insan yg mencintai agamanya, di dalam hatinya telah terisi dengan iman dan dia mampu membimbingku ke jalan Ilahi.
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik." [Surah al-Nur, ayat 26] " Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkanmu." (Riwayat Muslim). usah engkau menangis wahai hati , bersabarlah wahai hati , agar hati ini benar ikhlas untukMU .. hanya untukMU .. untuk lelaki,,tingkatkan iman dan sentiasa perbaiki diri untuk jadi yg terbaik pada diri sendiri..insyaAllah Allah simpan yang terbaik untuk kalian,,isteri kalian adalah penyeri dunia anda dan juga penghulu bidadari di syurga nanti:)wanita solehah idaman setiap lelaki..
duhai bakal suamiku , saya tdak mahukan awak jadikan saya sebagai seorang kekasih , tetapi yang halal UntukMU ..
Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua
Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya, Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya, Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa, Tolong nasihatkan jodohku, jangan merinduiku lebih dari Maha Pencipta Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya. Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga, Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya Tolong katakan pada jodohku, dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga Tolong ingatkan pada jodohku, aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahasanya Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula mengagungkan cinta manusia Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya Tolong tegurkan jodohku, andai nafsu mula mengawal fikirannya Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga Tolong sedarkan jodohku, tanggungjawabnya besar pada keluarga Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai.. Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai.. Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita.. Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku. Tolong sampaikan pada jodohku, aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi hubungan dengan yang Maha Kuasa Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.
AKU menilai bukan dari paras rupa.. tetapi dari ketulusan hati ... aku jatuh cinta bukan dari kemanisan kata - kata . tetapi dengan kejujuranMU itu . aku tertarik dengan sikapMU .. ya ALLAH dekatkanLAH hati kami ..
Jarak paling JAUH antara diriku & dirinya adalah saat dia diHADAPANKU tapi dia BUKAN MILIKKU.. Jarak yg PALING DEKAT antara diriku & dirinya adalah saat dia menjadi yang HALAL untukku.. Dan HAL yang dapat MENYATUKANNYA adalah CINTA kerana Allah dalam IKATAN PERNIKAHAN yang INDAH & DIREDHAI olehNYA..Tunggu Sampai HALAL dulu lah ya?? IsyaAllah. ya ALLAH ! JIKA AKU jatuh cinta pada kekasihmu.. janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang.. ya ALLAH , jika kau halalkan aku merindui kekasihmu itu.. jangan biarkan aku melampaui batas sehingga aku lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi sebenarnya hanyalah kepadamu .. aku berubah bukan kerana manusia .. tetapi keranaMU ya ALLAH , aku berjihad kerana mu ...
bercinta hanya setahun , tetapi berkahwin hanya sehari .. lelaki merupakn khalifah yg d tugaskn d ats muka bumi bagi mmbntuk dan meluruskn tulang rusuk yg bengkok tnpa melukakn atau mematahkn nya... wanita adalah istimewa kerana mreka d cipta dari rusuk lelaki.. jga lah mreka sbaik mngkin.. :)
siapapun diri ini diusia lampau , masih punya ruang untuk bertaubat , pintu taubat masih terbuka untuk diri ini , ya ALLAH kuatkan hati ini ,
Berdoalah kepada-KU nescaya AKU perkenankan permintaanMU.. SESUNGGUHNYA ORANG YANG MENYOMBONGKAN dirinya daripada MENYEMBAHku ..mereka akan masuk neraka jahannm dengan HINA .. surah al - mukmin :60
JAM SUDAH pun menunjukkan pukul 2.10am , TAMAT sudahlah cerita hatiku pada kali ini . jika malam ini aku pergi buat selamanya , maaf kan diri ini . aku hanyalah wanita biasa yang banyak melakukan khilaf , maaf !

3 comments:

  1. Wahai sayangku..
    jangan kau meencari datangnya sebuah pertemuan tapi bersabarlah menanti.
    Serahkan hati bergantungan dengan takdirNya..
    #Subhanallah

    ReplyDelete