Wednesday 7 November 2012

SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN KEMBALI KEPADA-nya

Setiap yg HIDUP pasti akan kembali kpd-Nya.
.
Al-Fatihah Nafas demi nafas tak terasa telah mnghntarkan dekat.. Dekat ke pintu yg akn dilalui.. Walaupun hati enggan..tp pasti tetap akan dilalui.. Tiada yg sanggup untk mnghindari.. Suatu kematian yang akn pasti terjadi..
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)
Yang hidup pasti akan kembali kepada Allah Yang Maha Pencipta. Kita yang hidup jangan kita lupa bahawa kita juga akan pergi kembali berjumpe Allah Yang Maha Esa. Semakin bertambah hari semakin bertambah juga umur yang Allah beri ini. Tanpa kita sedari semakin hari kita dekat dengan tarik kematian yang kita tidak tahu bila. Sesungguhnya sabda Nabi Muhammad SAW:" Orang yang paing bijak adalah orang selalu memikirkan mati" Bila sesorang insan memikirkan kematiannya dia akan selalu akan terpikir doasa-dosa yang pernah dilakukan sentiasa rasa dirinya belum cukup lagi amalan-amalannya pada Allah... Dia akan sentiasa menjaga tingkahlakunya, kata-katanya, banyak berdiam daripada berkata-kata, banyak memikirkan usahanya untuk menuju syurga Allah. Tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah dan menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan sesama manusia. Ramai orang kata hendak berubah tunggu datang seru ataupun belum dapat hidayah. Hidayah Allah perlu dicari. Perubahan juga boleh berlaku sekiranya kita berfikir untuk masa hadapan kita bermula daripada sekarang. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka merubahnya sendiri. Pelbagai cara yang boleh kita ikhtiarkan untuk membantu diri sendiri pada hari akhirat kelak. 'Iqra' bacalah, adalah surah yang pertama turun kepada baginda Rasulullah SAW. Menunjukkan perlunya kita membaca mengetahui rahsia sebalik ilmu yang kita baca dan ilmu yang kita cari. Semakin bertambah ilmu semakin tunduhlah kita seharusnya. Agar ilmu yang kita pelajari dapat kita amalkan dan memandu kita untuk mendapat redho Allah, InsyaAllah.... Semakin kita belajar semakin banyak yang kita hendak tahu dan hendak kita terokai. Kerana ilmu Allah ini terlalu luas dan sungguh indah subahaAllh. Jadi sebelum roh kembali lakukan lah sesuatu untuk diri kita pada masa hadapan ketika kita menghadap Allah SWT. Agar segala amalan kita dapat dijawab dengan mudah dan hidup bahagia dunia dan akhirat insyaAllah... Perbanyakan fikirkan mati....Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala. Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“. Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. Rakan-rakan semua & diri saya sendiri , Ingatlah setiap yang bernyawa pasti akan mati – Kullu nafsin za iqatul maut INGAT !! Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.

No comments:

Post a Comment